Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Thursday, March 29, 2012

Hidayah Ke Syurga

   Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.


Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.


Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.


Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.


Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil.


Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.



Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

 Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.




Kisah Nabi Ibrahim & Menantu


Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.



Isteri: Alhamdulillah, syukur..



# Alhamdulillah f0r everything..! ^^


Monday, March 12, 2012

SURAT UNTUK MAK

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu MAK kata aku sangat nakal.Dah la nak lahirkan aku pun susah sebab berat aku masa dilahirkan hampir 4kg.Sebulan selepas dilahirkan MAK kata aku tak henti-henti menangis..Macam-macam MAK buat untuk buat aku berhenti menangis,MAK sanggup berjaga malam,sanggup dodoikan aku dan banyak la lagi MAK buat untuk aku.

Mula-mula nak pergi sekolah tadika dulu bukan main payah,nak kena MAK mandikan,nak MAK pakaikan baju,nak MAK hantarkan dan macam-macam lagi la aku minta MAK buat.Disebabkan MAK sayangkan aku MAK buat je pe yang aku minta.

Sekarang aku dah besar,telah banyak pengorbanan yang MAK dan AYAH buat untuk aku dan adik-beradik yang lain.Mereka tak pernah minta ape-ape dari kami,mereka hanya nak kami berjaya je.Baguskan MAK aku ni..sangat besarkan pengorbanan MAK aku ni..sebab tu la aku sayangkan MAK..sebab tu la apa yang MAK suruh buat aku buat,ape yang mereka larang aku tinggalkan sebab aku tau MAK sayangkan aku dan MAK yang berikan ape yang terbaik untuk diriku ini.

Bila MAK cakap..Mat tolong MAK belikan cili kat kedai,aku tak pernah jawab pun macam ni..kenapa MAK suruh Mat,suruh lah anak jiran sebelah...Bila MAK cakap,Mat jangan la mencuri ye,aku tak lah kata kenapa MAK larang Mat,larang la anak jiran sebelah MAK..aku tak de la nak merungut,asyik-asyik suruh Mat,suruh la anak jiran sebelah pula..Sebab MAK adalah MAK aku,mesti lah aku kena dengar cakap MAK sebab MAK telah beri aku macam-macam..dengar aku dengar cakap MAK la aku dapat senangkan hati MAK aku...

Tapikan,dah besar-besar macam ni aku mula berfikir..Apa yang cipta MAK aku ye? apa yang buat MATAHARI ye?Apa yang bagi aku tangan,kesihatan,udara,penglihatan?...ape ye?...sungguh banyak benda diberikan pada aku berbanding dengan apa yang MAK aku bagi..


Sebab aku tahu,ALLAH telah banyak bagi nikmat pada aku berbanding MAK..sebab aku tahu yang aku ni adalah hamba dan milikNya serta hanya kepadaNya aku kembali..sebab aku tahu dunia pun ALLAH punye dan akhirat pun ALLAH punye....Aku tak tahu la ape jenis hamba aku ni jikalau tak ikut perintah ALLAH dan tak meninggalkan larangan ALLAH sedangkan DIA memberikan segala-galanya padaku,DIA miliki segalanya,DIA menentukan segalanya,DIA MAHA KAYA,MAHA HEBAT,MAHA AGUNG,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG...

MAK...maafkan aku sebab aku sayangkan ALLAH lebih dari aku sayangkan MAK ,aku dengar cakap ALLAH lebih dari MAK sebab ALLAH yang menjadikan MAK....


#mencintai ibu bapa juga adalah salah satu perintah Allah... i love u mom. <3<3