Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Tuesday, August 14, 2012

RAMADHAN, IMAN DAN TAKWA

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

       Alhamdulillah pada kali ini masih lagi diberi peluang  oleh Allah swt untuk saya menconteng blog ini sekali lagi. jadi pada kali ini, kebetulan kita berada di penghujung bulan ramadhan, saya ingin mengajak kawan-kawan untuk lihat atau 'check' balik ramadhan kita pada tahun ini, adakah ia memberi makna kepada kita atau sebaliknya?

        kawan-kawan sekalian, sebenarnya kenapa kita diwajibkan berpuasa pada bulan ini? bagi menjawab persoalan ini, Allah swt telah menjawabnya. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

ertinya:“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa"(surah al-Baqarah;183)


jadi jelas bahawa bahawa Allah menyuruh kita semua berpuasa tidak lain tidak bukan, semata-mata untuk kita bertakwa kepada Allah. Takwa boleh didefinisikan sebagai ketundukan kita dan ketaatan  kita terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya. Mungkin timbul pula persoalan, bagaimana dengan puasa boleh menimbulkan rasa takwa kita kepada Allah?

       Dalam konteks ini, kita perlu tahu apa itu perngertian puasa yang sebenar. Seperti yang kita sedia maklum, puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara yang membatal puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Akan tetapi, puasa yang sebenar bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi lebih kearah mendidik nafsu kita. Menahan lapar dahaga merupakan perintah Allah dan hikmahnya dapat melemahkan nafsu kita supaya kita mudah untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt dan melakukan segala perkara yang diwajibkan dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Oleh itu, disamping menahan lapar dan dahaga, kita juga dituntut untuk menjaga perlakuan kita.

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

 
Diriwayatkan lagi daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


        Sebenarnya bagi orang yang puasanya sempurna pada bulan ramadhan, mereka telah melakukan satu jihad, iaitu jihad melawan nafsu mereka. Oleh sebab itu wajarlah untuk "mereka" menyambut hari "kemenangan" iaitu Idul Fitri.

        Disamping meningkatkan ketakwaan, puasa juga berperanan meningkatkan keimanan seseorang itu.  banyak hadis yang menyentuh berkenaan dengan kemuliaan bulan ramadhan, diantaranya:

sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dirantai syaithan-syaithan.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)


Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

diceritakan pula dalam Al-quran berkenaan dengan satu malam dalam bulan ramdhan iaitu lailatul qadar, yang mana malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Jadi secara halusnya, Ia bertindak sebagai iklan kepada umat Islam untuk menarik mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadat kepada Allah swt.

       Oleh hal demikian, orang yang puasanya berjaya, mereka sedih apabila bulan ramadhan tiba di penghujungnya, kerana belum tentu lagi ada bulan yang penuh keberkatan ini pada mereka untuk masa akan datang. JADI, BAGAIMANA PULA DENGAN KITA?? Adakah kita tergolong di dalam orang yang sedih apabila ramadhan ingin meninggalkan kita? jom bersama kita manfaatkan saki baki ramadhan yang masih ada buat kita pada tahun ini.. Semoga segala amal ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah swt..insyaAllah.

Allahu a'lam.





#sebelum tu, ana juga ingin mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI.. seandainya ada khilaf antara kita, diri yang serba dhaif ini ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaaf yang dilakukan.. SALAMUN 'ALAIK!! ^.^