Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Wednesday, July 3, 2013

benarkah tudung hana tajima termasuk dalam perkara yang tasyabbuh???

bismillahirrahmanirrahim.... Assalamu'alaikum wbt... Allahummasolli 'ala Muhammmad...

Alhamdulillah masih lg diberi kekuatan untuk update blog usang ni  yek.. moge same2 kita memperoleh banyak kebaikan  dari keburukan daripada blog ana ni. insyaAllah...

         masuk kepada  topik utama kita, ana  ingin menyentuh berkenaan dengan tudung berfesyen yang sama dengan  tudung hana tajima.  sebenarnya, tergerak hati ini ingin berkongsi berkenaan dengan tajuk ini kerana ana teringat yang ana pernah menyaksikan program yang menampilkan ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang mana beliau ada menyentuh berkenaan dengan hukum pemakaian tudung berfesyenkan hana tajima. oleh  itu, tergerak hati ana untuk mencari sendiri bagi memastikan apa yang telah didengari oleh telinga ana betul2 sohih. so bila ana dah jumpe ana pon sharelah... jom dengar dngn teliti... hiiiiiii

Tuesday, July 2, 2013

RAMADHAN MENJELMA LAGI...

bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Allahummasolli 'ala muhammad...

haaaa, cukup lame ana  xupdate blog ana yg usang ni kerana kesuntukan masa. biaselah sebagai seorang student dan juga sebagai hamba Allah di dunia yang sementara ini, sibuk dengan assignment dan pelbagai ujian hidup. dan... alhamdulillah masih lg gagah kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ni...


tanpa banyak bercerita lg, meh kita terus ke topik utama kita....

_________________________________________________________________________________


              seperti yang kita sedia maklum, bulan ramadhan akan menjelma tidak lama lg, atau lebih kurang seminggu lg. so bg yang masih tidak cukup menggantikan puasa yg tahun lepas, sile2lah cukupkan. bercakap mengenai bulan ramadhan ni, ana ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihannya. ana yakin bahawa ramai yang tahu bahawa bulan ramadhan ni bulan yang penuh kelebihan, akan tetapi berapa ramai yang tahu akan kelebihannya sendiri....


              terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyentuh mengenai kelebihan bulan ramadhan itu sendiri. malah bukan hanya manfaat di dunia sahaja, tetapi juga diakhirat jua... tapi jangan lupa, manfaat itu hanya diberi kepada orang yang benar2 mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya... so, kepada sesiapa yang berpuasa, tetapi tidak solat fardhu, tidak melakukan kewajipan yang lain, sorry to say, anda tidak berhak untuk mendapat manfaat daripadaNya...


antara hadis yang menceritakan kelebihan bulan ramadhan:



 Pintu langit dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.


Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).


Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.


Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
demikianlah antara kelebihan2 yang dapat ana kongsikan... seterusnya kita masuk kepada amal ibadat yang sewajarnya kita amalkan dalam bulan ramdhan..


     Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

*Solat sunat Tarawih

*Solat-solat sunat yang lain

*Bantu membantu sesama umat islam seperti        
bersedekah dan seumpamanya


*Memberikan hidangan berbuka puasa

*Banyakkan membaca tahlil

*Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon 
keampunan kepada Allah swt

*Banyakkan berdoa memohon syurga dan  perlindungan dari azab neraka

*Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

*Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.




haaaaa....oleh itu jom kite sama2 amalkan amalan tersebut sedaya yang mungkin.... disamping itu, berpuasa tu, puasalah dengan seikhlas2nya.. jangan semata-mata orang lain puasa, kita pun nak puasa jugak. tu namenye puasa kerana ORANG...
______________________________________________________________________________

haaaa, ana rase cukup sampa sini untuk kali ini. insyaAllah jika ada kesempatan pada masa akan datang, ana akan update lg. so ana ini ucapkan kepada kawan2 ana, dan semua umat Islam di seluruh pelusuk bumi ini, selamat menyambut kedatang bulan ramadhan yang penuh barokah ini. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna buat diri kita semua berbanding ramadhan yang lepas2...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saturday, March 2, 2013

Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia

Kesan Ayat Al Quran pada Sel Darah Merah Dalam Tubuh Manusia

Alunan ayat al Quran terdiri dari beberapa frekuensi yang sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran tersebut dihantar/didengar secara berulang.

Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.

Sumber dari Secrets of Quran Healing

http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/69-the-power-of-quran-healing

Monday, February 25, 2013

Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple


Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
Artikel oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji
http://syahirul.com/nikah-khitbah-tiket-untuk-bercouple/

Saturday, February 23, 2013

~NIKAH MUDA~

bismillahirrahmarirrahim.. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


"awal sangat kau nak nikah tu, tula gatal sangat", "kau nak kawen awal2 kau nak bagi bini kau makan ape?? pasir??".. huuuu, biasenye, bile kita buka akan topik nikah awal nie, ungkapan2 sebeginilah yang kita sering dengar dari mulut masyarakat2 zaman sekarang... bila kawen lewat pula kata tak laku pulak. biaselah manusia, tak mampu untuk memuaskan semua hati orang lain. sedangkan mereka lupa yang Allah swt dah berjanji untuk menambahkan rezeki bagi orang yg berkahwin, dan setiap anak2 mereka juga dijanjikan rezeki mereka tersendiri.. itupun masih ramai yang ragu dengan rezeki Allah taala..kita lihat firman Allah swt..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)
____________________________________________________________________


   sahabat sekalian, kenapa orang islam sangat dituntut untuk bernikah?? ini kerana manusia dicipta mempunyai fitrah semulajadi yang ingin hidup berpasangan. oleh sebab fitrah itu, ia boleh mendatangkan kemudharatan yang besar kepada semua masyarakat islam , contohnya seperti dating2, main2 cinta seterusnya menyebabkan mereka terjerumus kedalam penzinaan... oleh itu, islam yang syumul ni juga menyentuh fitrah manusia dan menyempurnakan ia dengan mengajak umatnya kepada nikah sebagai satu alternatif yang halal untuk hidup berpasangan..



balik kepada topik saya tadi, "nikah muda" atau "nikah awal", saya sengaja membuka topik ini adalah kerana untuk membetulkan perspektif masyarakat yang memandang negatif kepada nikah awal atau nikah muda ni kepada perspektif yang positif.

jadi bekenaan dengan kawen muda atau nikah muda ni, islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah, sebagaimana hadis nabi saw,

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

berdasarkan hadis berkenaan, ada sesetengah ulamak hadis penyatakan "pemuda-pemuda" yang dimaksudkan tersebut dikiaskan sebagai saranan atau galakan untuk menyegerakan nikah pada umur yang masih muda. namun ulamak2 juga berbeza pendapat berkenaan tahap umur yang dikatakan muda. ada yang menyatakan umur 25, ada juga yang menyatakan umur bawah 40 pun masih dikira muda. banyak lagi pendapat2 dari ulamak2 yang lain.

jadi jelas bahawa islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah pada umur yang awal. namun, yang menjadi masalah yang besar dalam kalangan masyarakat ialah mereka risau akan tanggungjawab dalam pemberian nafkah. oleh sebab islam ini mengambil cakna akan segala hal kehidupan kita, maka islam juga menganjurkan umatnya yang masih dalam kekangan untuk nikah kithbah(nikah gantung)..

mungkin ramai yang menyatakan ia satu yg bida'ah. namun aggapan mereka yang menyatakan ia bida'ah adalah salah sama sekali.. sekiranya kita hayati sirah nabi Rasulullah saw, kita dapat lihat daripada sejarah pernikahan siti aisyah dengan nabi Muhammad saw:

Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun..
(riwayat bukhari)...

mungkin terdapat perbezaan pendapat berkenaan umur sebenar Siti Aisyah ketika menikah, namun point yg saya ingin ambil penekanan adalah jarak tempoh mereka menikah sehingga mereka tinggal serumah.. jadi daripada sejarah ini, ulamak menjadikan dalil yang kukuh bagi menyatakan nikah kithbah itu ada... lagipun nikah kithbah ni dah lama diamalkan dalam masyarakat arab...

jadi di sini saya katakan, islam sangat mengambil berat akan penyegeraan nikah pada umur muda sehinggakan dalam islam wujudnya nikah kithbah(gantung). ia juga salah satu alternatif bagi mengurangkan berlakunya penzinaan secara berleluasa di muka bumi ini.. so, ape tunggu lg? pilihlah nikah dan katakan taknak pada couple~!!!



jadi saya rasa cukup sampai sini je... berkenaan dengan nikah kithbah yang selanjutnya, insyaAllah saya akan muatkan pada akan datang.. insyaAllah.. wallahu 'aklam..


Assalamualaikum wbt...:)

Kelebihan Surah - surah Dalam Al Quran

Kelebihan Surah - surah Dalam Al Quran




BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
~✿•► Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca..


SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
~✿•►  Jika membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinyadilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
~✿•► Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sarakatul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Mengunci rumah dengan ayat Kursi
~✿•► Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
~✿•► Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

Surah Al Baqarah - Ayat 102
~✿•► Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

~✿•► Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80 - 81 sebanyak 10 kali

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
~✿•► Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
~✿•► Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
~✿•► Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
~✿•► Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
~✿•► Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
~✿•► Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

~✿•► Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 - 129 semasa berjumpa.

SURAH YUNUS (Yunus)
~✿•► Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
~✿•►Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
~✿•► Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA'D (Petir)
~✿•► Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
~✿•► Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
~✿•► Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
~✿•► Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
~✿•► Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

~✿•► Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.

~✿•► Surah Thaahaa - Ayat 1-5
Anak2 malas sekolah

~✿•► Surah Thaahaa - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Supaya Suami tak kawin lain

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
~✿•► Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

~✿•► Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 pandai belajar

~✿•► Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 lembut hati/ elak panas baran

SURAH AL-HAJ (Haji)
~✿•► Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
~✿•► Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

~✿•► Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
~✿•► Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
~✿•► Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
~✿•► Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
~✿•► Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

~✿•► Surah Ar Ruum Ayat 31 - Baca 33x
Bg anak2 yg suka keluar malam


SURAH LUQMAN (Luqman)
~✿•► Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
~✿•► Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
~✿•► Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA
~✿•► Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
~✿•► Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
~✿•► Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."


Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.

~✿•► Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

~✿•► Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
~✿•► Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)
~✿•► Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.






**copy paste dari blog sahabat...**

RISAU PASAL DUIT? JNGN RISAU, ADE TRICK UNTUK MENINGKATKAN REZEKI!!

bissmillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum wbt... Alhamdulillaah masih lg berkesempatan untuk meng'update' blog pd waktu ini. saja nak meluangkan masa yg kosong terisi dengan benda-benda yang berfaedah.ok..

      baru-baru ni saya sering lihat di facebook, kawan-kawan saya dari kolej ramai yang mengeluh lambatnye duit elaun nak masuk... sabar, mengeluh tu tidak memberi apa-apa kesan...  jangan risau, rezeki Allah swt telah sediakan secukup-cukupnya untuk kita... cume kita je perlu cari... lagipun nak cari tak semesti dengan duitkan?? haaa... so daripada mengeluh tu saya rasa eloklah korang semua perbanyakkan solat dhuha...solat dhuha ni banyak kelebihannya, antaranya Allah swt akan murahkan rezeki orang yang mengerjakannya di atas muka bumi ni.. kalau nak tambah banyak lagi rezeki, sile kawen.. heee~ gurau jewp...


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Thursday, February 21, 2013

I'TIQAD MUKTAZILAH YANG BERTENTANGAN DENGAN I'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH


I'TIQAD MUKTAZILAH YANG BERTENTANGAN DENGAN I'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH

1.BURUK DAN BAIK DITENTUKAN OLEH AQAL
~kaum muktazilah berpendapat bahawa buruk dan baik ditentukan oleh aqal ,mana yang baik kata akal..maka baiklah dia...mana yang buruk kata akal..maka buruklah ia
~ahlusunnah walmaah(ASWJ) pula tidak membenarkan fahaman seperti ini kerana yang menentukan buruk dan baik itu adalah Allah dan RasulNya ,atau katakanlah Alquran dan Sunnah ,bukannya Akal.

2.ALLAH TIDAK MEMPUNYAI SIFAT
~MUktazilah mengatakan Allah tidak mempunyai sifat
~fahaman ini bertentangan dengan fahaman ASWJ yg mengatakan Allah mmpunyai sifat ,bukan satu bukan 2...tetapi banyak,ada sifat wajib bagi Allah...ada sifat mustahil atas Allah...ada sifat harus bagi Allah....

3.QURAN ADALAH MAKHLUK
~pada muktazilah mereka mengatakan bahawa alquran itu makhluk,bukan sifat Allah yang qadim
~kaum Ahlussunnah wal jamaah mengatakan bahawa alquran itu kalam Allah dan sifat Allah yang qadim,bukan makhluk yang baharu


4.MEMBUAT DOSA BESAR
~pada muktazilah(pendapat wasil bin 'atha) mengatakan mukmin yang mati dalam keadaan melakukan dosa besar tanpa bertaubat kepada Allah tidak lagi mukmin dan tidak lagi kafir ttpi diantara mukmin dan kafir..dan dia akan dimasukkan kedalam neraka buat SELAMA LAMANYA seperti orang kafir ttpi hukumannya diringankan dan panas api neraka tidak sepenas api neraka bagi orang kafir

~adapun pada ASWJ (pendapat IMAM HASSAN AL BASRI-guru kepada wsil bin atha) bhawa orang mukmin yng mati yang tidak bertaubat atas dosa2 besarnya tidak menjadi kafir ,ia tetap orang mukmin tetapi orang mukmin yang DERHAKA-(tidak jadi kafir),kalau ia mati sebelum bertaubat dia akan diseksa beberapa ketika didalam neraka dan kemudian dimasukkan kedalam syurga setelah selesai menjalankan hukumannya


5.TUHAN TIDAK DAPAT DILIHAT
~kaum muktazilah mengataka bahawa Allah itu tidak dpat dilihat walaupun didalm syurga,kerana menimbulkan "tempat"(pada pandangan mereka..kalau tidak bertempat..maka tidak boleh dilihat...sesuatu yang boleh dilihat mesti bertempat)

~hal ini bertentangan dengan ASWJ yg berpendapat bahawa Tuhan akan dilihat oleh penduduk syurga ,oleh hamba2nya yg soleh yang banyak mengenal tuhan ketika hidup didunia sebgaimana dalil dari surah alqiyamah ayat 22- 23
maksudnya ~ 22.Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri. 23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.

6.MIKRAJ NABU MUHAMMAD SAW
~pada kaum muktazilah mereka tidak mengakui dan menyakini bahawa nabi Muhammad SAW MIKRAJ(naik) ke langit pada tanggal 27 rejab,yg diakui hanyalah israk sahaja iaitu berjalan malam dari mekah ke masjid al aqsa(baitulmaqdis)~kerana bagi muktazilah...tidak logik akal manusia naik ke langit

~fatwa ini dilawan oleh ASWJ yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW pada malam itu isra dari mekkah ke baitul maqdis dan sesudah itu naik dengan tubuh dan rohnya ke langit sampai kelangit 7,naik lagisampai ke mustawa,sampai ke sidratulmuntaha­, dimana Baginda menerima perintah solat 5 waktu

7.MANUSIA MENJADIKAN PERBUATANNYA.
~kaum muktazilah beriqtikad bahawa pekerjaan manusia diaadakn oleh manusia itu snediri ,bukan oleh Tuhan.tuhan sama sekali tidak tahu dan apa yang akan dibuat oleh manusia.....seo­rang ulama muktazilah mengatakan yg dijadikan manusia adalah perbuatan yang buruk dan berdosa sahaja...sedangkan perbuatan yang baik adalah dari Tuhan...

~adapun pada ASWJ mengiqtikadkana­ bahawa SEKALIAN yang terjadi...samaada BAIK ATAUPUN BURUK sekaliannya dijadikan oleh ALLAH sebgaiaman firmanNya dalam alquran ,surah as-Shafat ayat 96 yg bermaksud~dan Tuhan yang menjadikan kamu dan sekalian pekerjaan kamu.Dan firmannya lagi dalam surah An-Nisa' ayat 78,ertinya ~katakanlah(hai­ Muhammad) "sekaliannya dari Tuhan".


Monday, February 18, 2013

I'TIQAD KAUM KHAWARIJ YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

------------I'TIQAD KAUM KHAWARIJ YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ) -----------------




1.PERSOALAN KHILAFIYAH
~kaum khawarij mengakui khalifah abu bakar dan umar dan separuh zaman pemerintahan Usman bin Affan.
~kepercayaan ini seperti ASWJ. Akan tetapi separuh yg akhir ,dari khalifah usman ,tidak diakui mereka lagi kerana bagi mereka(khawarij) Usman menyeleweng..
~begitu juga dengan khalifah Ali.mulanya perlantikannya sah ,tetapi kemudian membuat kesilapan besar,iaitu menerima tahkim,dan Ali menjadi KAFIR kerna menerima TAHKIM
~orang yang melakukan dosa besar adalah KAFIR, bg i'tiqad khawarij.

~pada Ahlusunnah waljamaah, pegangan khawarij ini adalah DITENTANG. ini kerana, walaupun penyelewengan2 yang berlaku(sekiranya betul Ali menyeleweng) tidaklah menggugurkan pangkat khalifah..
~yg menggugurkan pangkat khalifah menurut ASWJ ialah kalau khalifah itu telah TAJAHUR(dihadapan umum berbuat maksiat) dan menganjurkan Rakyat mengikutnya..

       
2.terhadap UMMUL MUKMININ SITI AISYAH R.A
~kaum khawarij mengutuk dan mencaci ,kadang2 mengkafirkan Ummul Mukminin Siti Aisyah.begitu juga Talhah.zubir bin awam,kerana ketiganya menggerakkan PEPERANGAN JAMAL....iaitu antara mereka dengan Saiyyidina Ali.begtu juga mengkafirkan Abu musa al asyari dan amru bin As.iaitu delegasi pada masa tahkim

~ASWJ menolak SEKERAS2NYA dakwaan ini ,ummu mukminin ,talhah,zubir bin awam pada ketika memerangi Saiyyidina Ali dan pasukannya pada peperangan jamal adalah demi mmpertahankan kebenaran itiqad mereka,bukan kerana nafsu.
~saiyyidina Ali juga berada diatas KEBENARAN
~peperangan yg berlaku dikalangan sahabat adalah berdasarkan IJTIHAD masing2...bukan kerana hawa nafsu

3.CAP "KAFIR"
~kaum khawarij CEPAT MENGKAFIRKAN ORANG YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN MEREKA...


~ASWJ sangat berhati2 dalam menuduh orang lain kafir,harus difikir masak2.....harus difikir risikonya

4.IBADAT=IMAN
~kaum khawarij berpendapat bahawa yg dikatakan iman itu bukan pengakuan dalam hati dan ucapan dengan lisan sahaja,tetapi amal ibadat itu menjadi rukun iman pula..
~barangsiapa yang tidak solat,puasa zaakat,dan lain2...maka orang itu jadi KAFIR-inilah pendapat khawarij
~oleh kerana saiyyidina muawiyah sudah berdosa dengan melawan saiyyidina Ali..maka saiyyidina muawiyah menjadi kafir
~Aisyah juga menjadi kafir kerana melawan khalifah Ali,inilah pendirian khawarij

~adapun pada ASWJ berpendrian bahawa rukun iman itu hanyalah 2 sahaja,iaitu membenarkan didalam hati,dan mengikrarkan dengan LISAN,seorang yg mmbenar dalam hati dan ikrar dengan lidah sudah dikira beriman,dan berlaku atasnya sekalian hukum yg berkaitan dengan orang mukmin
~adapun amal ibadat,sseperti solat,puasa,zakat dan lain2 adalah untuk kesempurnaan iman
~yang KAFIR bagi ASWJ ialah orng yg mengi'tiqadkan bahawa solat,puasa,zakat itu TIDAK WAJIB baginya

5.ORANG SAKIT DAN ORANG TUA
~bagi khawarij orang sakit dan orang tua yang tidak mengikut perang sabil adalah mejadi KAFIR dan wajib dibunuh...sedangkan pada ASWJ, ini adalah TIDAK BERNAR, sebgaimana firman Allah taala yg bermaksud

tidak mengapa bagi orang buta ,tidak mengapa bagi orang tempang,tidak mengapa bagi orang sakit(kalau mereka tidak ikut kemedan peperangan) al Fath :17)

6.DOSA KECIK DAN DOSA BESAR
~khawarij mengatakan tiada dinamakan DOSA KECIK ATAU DOSA BESAR.....pada mereka segala penderhakaan adalah BESAR...tiada yang kecil

7.ANAK2 ORANG KAFIR
~menurut khawarij, anak orang kafir yang mati ketika kecil(sebelum baligh) TURUT MASUK NERAKA kerna mengikut ibu bapanya yg kafir

ASWJ menentang pendapat ini,bagi ASWJ anak orang kafir yang mati kecil(sebelum baligh ) apabila mati akan masuk kedalam syurga bukan kedalam neraka

8.ORANG YG PALING BURUK
~tersebut di dalam kitab hadis Bukhari, bahawa sahabat nabi ibnu Umar r.a berpendapat bahawa orang2 kahawarij dan iqtiqadnya adalah ORANG YG PALING BURUK

dibawah ini apa yang disebut didalam kitab hadis bukhari;

ertinya "dan adalah sahabat nabi ibnu Umar R.a ...berpendapat bahawa ,mereka(kaum khawarij) makhluk Allah paling jahat.,mereka mengambil ayat2 alquran yang sebenarnya diturun untuk orang kafir tetapi dipasangkannya kepada orang mukmin*(fathul bari juzu XV halaman 313)



Allahu'a'lam...

I'TIQAD KAUM MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH) YANG BERTENTANGAN DENGAN i'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

I'TIQAD KAUM MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH) YANG BERTENTANGAN DENGAN i'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

1.ALLAH BERMUKA DAN BERTANGAN
~kaum musyabbihah menfatwakan bahawa Allah itu BERMUKA dan BERTANGAN 
~berdalilkan dengan ayat alquran surah ar rahman ayat 27

~ASWJ menolak dakwaan ini kerana dalam alquran yg lain (As Syura:11) bahawasanya "TIADA YANG MENYERUPAI TUHAN SESUATU JUGA"
~ASWJ mentakwilkan perkataan "wajhu" (yg di katakan sebgai WAJAH yang zahir oleh kaum musyabbihah mujassimah) disini dengan "ZAT"...dan mentakwil.perkataan YAD(yang di dakwa Allah mempunyai tangan oleh musyabbiha mujassimah ) dengan makna "KEKUASAAN"

2.TUHAN ALLAH DUDUK BERSILA DIATAS ARASY
~kaum musyabbihah mujassimah berdalilkan dengan ayat 5 surah TAHA
~mereka mengertikan perkataan ISTAWA dengan DUDUK BERSILA seperti bersilanya manusia

~ASWJ menolak sangkaan yang mengelirukan ini dengan mentakwil perkataan ISTAWA dengan makna MENGUASAI atau MEMERINTAH
~menjadikan ayat 5 surah TAHA itu bermaksud "TUHAN YANG RAHMAN MENGUASAI ARASY"

3.TUHAN DIATAS LANGIT
~kaum musyabbihah mujassimah mengatakan bahawa Allah itu DILANGIT dengan berdalilkan ayat 158 surah annisa yang bermaksud "TETAPI TUHAN MENGANKAT(nabi ISA) KEPADANYA "
~disini kaum ini mengatakan bahawa nabi Isa diangkat oleh Tuhan kepada Nya...,yg beerti Tuhan itu diatas kerana ada perkataan "RAFA'A" yang beerti mengakat ke atas"

~kaum ASWJ menentang fahaman ini dengan meertikan ayat alquran diatas dengan "TEMPAT YANG MULIA"...,jadi nabi ISA diangkat ke tempat yg mulia dan ia berada di tempat yang mulia ,pada ayat ini memang disebutkan diatas atau di langit tetapi yg dimaksudkan ialah tempat yang mulia....kerana perkataan "DIATAS" atau "DILANGIT" biasa juga dipakai oleh orang arab pada erti tempat yg mulia

5.ALLAH BERTUBUH SERUPA NUR
~kaum musyabbihah mengatakan bahawa Tuhan itu bertubuh seperti makhluknya dan TubuhNya itu berkilau2 serupa Nur serupa cahaya dengan berdalil yg bermaksud

"Allah itu nur langit dan bumi"~an nur :35
~kalau begitu maka tuhan menurut kefahaman kaum musyabbihah mujassimah serupa dengan cahaya matahari yang memancar cahayanya kesana sini

~kaum ASWJ menentang keras fahaman /iqtiqad seperti ini kerana erti ayat ini ialah "MEMBERI CAHAYA PADA LANGIT DAN BUMI"

jadi ayat ini ialah "TUHAN YANG MEMBERI CAHAYA PADA LANGIT DAN BUMI"
~dalam tafser ibn kathir jilid 3 halaman 289diterangkan erti ayat pada surah annur ayat 35 itu begini

"Allah memberi PETUNJUK di langit dan bumi"

dalam tafser jamal jalalein mentafserkan ayat ini dengan erti

"Allah yang menerangi langita dan bumi dengan matahari dan bulan"

wallahhua'lam

(sila rujuk kitab yang besar2 untuk menambah kefahaman)