Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Tuesday, August 14, 2012

RAMADHAN, IMAN DAN TAKWA

ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

       Alhamdulillah pada kali ini masih lagi diberi peluang  oleh Allah swt untuk saya menconteng blog ini sekali lagi. jadi pada kali ini, kebetulan kita berada di penghujung bulan ramadhan, saya ingin mengajak kawan-kawan untuk lihat atau 'check' balik ramadhan kita pada tahun ini, adakah ia memberi makna kepada kita atau sebaliknya?

        kawan-kawan sekalian, sebenarnya kenapa kita diwajibkan berpuasa pada bulan ini? bagi menjawab persoalan ini, Allah swt telah menjawabnya. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

ertinya:“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa"(surah al-Baqarah;183)


jadi jelas bahawa bahawa Allah menyuruh kita semua berpuasa tidak lain tidak bukan, semata-mata untuk kita bertakwa kepada Allah. Takwa boleh didefinisikan sebagai ketundukan kita dan ketaatan  kita terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya. Mungkin timbul pula persoalan, bagaimana dengan puasa boleh menimbulkan rasa takwa kita kepada Allah?

       Dalam konteks ini, kita perlu tahu apa itu perngertian puasa yang sebenar. Seperti yang kita sedia maklum, puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara yang membatal puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Akan tetapi, puasa yang sebenar bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi lebih kearah mendidik nafsu kita. Menahan lapar dahaga merupakan perintah Allah dan hikmahnya dapat melemahkan nafsu kita supaya kita mudah untuk meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt dan melakukan segala perkara yang diwajibkan dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Oleh itu, disamping menahan lapar dan dahaga, kita juga dituntut untuk menjaga perlakuan kita.

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

 
Diriwayatkan lagi daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


        Sebenarnya bagi orang yang puasanya sempurna pada bulan ramadhan, mereka telah melakukan satu jihad, iaitu jihad melawan nafsu mereka. Oleh sebab itu wajarlah untuk "mereka" menyambut hari "kemenangan" iaitu Idul Fitri.

        Disamping meningkatkan ketakwaan, puasa juga berperanan meningkatkan keimanan seseorang itu.  banyak hadis yang menyentuh berkenaan dengan kemuliaan bulan ramadhan, diantaranya:

sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dirantai syaithan-syaithan.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)


Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

diceritakan pula dalam Al-quran berkenaan dengan satu malam dalam bulan ramdhan iaitu lailatul qadar, yang mana malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Jadi secara halusnya, Ia bertindak sebagai iklan kepada umat Islam untuk menarik mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadat kepada Allah swt.

       Oleh hal demikian, orang yang puasanya berjaya, mereka sedih apabila bulan ramadhan tiba di penghujungnya, kerana belum tentu lagi ada bulan yang penuh keberkatan ini pada mereka untuk masa akan datang. JADI, BAGAIMANA PULA DENGAN KITA?? Adakah kita tergolong di dalam orang yang sedih apabila ramadhan ingin meninggalkan kita? jom bersama kita manfaatkan saki baki ramadhan yang masih ada buat kita pada tahun ini.. Semoga segala amal ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah swt..insyaAllah.

Allahu a'lam.





#sebelum tu, ana juga ingin mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI.. seandainya ada khilaf antara kita, diri yang serba dhaif ini ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaaf yang dilakukan.. SALAMUN 'ALAIK!! ^.^

Tuesday, April 17, 2012

SHORT NOTE KULIYAH: MASALAH HAID DAN ISTIHADHAH : UST WAN JUNAIDI


KITAB HIDAYATUL SALIQIN (Ustz Wan Junaidi, Masjid Menggabang Tengah)

HAID DAN ISTIHADHAH
1.       Tempoh pendarahan haid yang terpendek adalah satu hari satu malam atau 24jam... manakala tempoh haid yang terpanjang adalah 15hari..

2.       Sekiranya darah yang keluar tidak sampai selama 24jam, maka ia tidak dinamakan darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah.


3.       Jarak tempoh habisnya pusingan haid pertama dengan haid kedua adalah 15hari.. sekiranya habis pusingan haid yg pertama, tidak sampai 15hari selepas hari haid pusingan pertama habis,sekiranya keluar darah  maka itu bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit/istihadhah..(darah haid mestilah 15hari selepas pusingan haid yg pertama habis)

4.       Bagi orang yang haidnya keluar lebih 15hari, mereka tidak mengetahui tempoh sebenar haidnya pada pusingan itu kerana haidnya bercampur dengan istihadhah( boleh jadi haidnya 10, 5, 15 hari atau sebagainya).. bagi mereka yang sebegini, maka perlulah diikut adat bulan sebelum.. sebagai contoh: sekiranya bulan sebelumnya keluar 10 hari, maka haid bulan ini juga dikira 10 hari (sekiranya darah keluar lebih 15hari).. maka selepas 10 hari sahaja di kira haid...5 hari keatas adalah istihadah.


5.       Bagi mereka yang keluar haid tidak sampai 24 jam, sesetengah ulamak membenarkan untuk tidak menunaikan solatnya dalam masa 2/3hari, kerana sekiranya keluarnya darah dalam temp0h 2/3hari tersebut walaupun darah sebelumnya pada hari pertama sudah berhenti, maka tempoh haid tersebut boleh dihimpun. sebagai contoh, hari sebelumnya keluar darah selama 15jam.. selepas 2hari tersebut, keluar darah pula selama 9jam.. maka apabila dihimpunkan tempoh tersebut, 15jam+9jam=24jam, maka ia boleh dikira haid, dan solat yang ditinggalkan itu tidak perlu diqhada.

6.       Bagi mereka yang putus haid walau diakhir waktu solat asar dan juga isyak, sebagai contoh putus haid pada akhir waktu asar paling kurang  1rakaat sempat menunaikan solat asar, maka diwajibkan bagi mereka mengqhadakan solat zohor mereka... ini kerana ulamak mengkiaskan masa musafir boleh buat jamak...maka menunjukkan solat boleh dihimpunkan...maka mazhab syafie menetapkan wajib kena qhada

7.       Bagi waktu zohor, magrib dan subuh, apabila haidnya berhenti pada waktu itu masing2 paling kurang sempat menunaikan satu rakaat solat berkenaan, maka wajib diaatas mereka menunaikan solat berkenaan... tidak perlu qhada solat sebelumnya atas dasar tidak boleh jamak(zohor tidak boleh jamak dengan subuh, magrib tidak boleh jamak dengan asar)..

                    

    #bagi yang datang haid selepas masuk waktu sekurang2nya dapat menunaikan 1rakaat solat pada waktu itu, wajib mereka qhada solat mereka selepas mereka suci daripada haid.

Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka sesungguhnya iatelah mendapat solat.
[Shahih al-Bukhari ,no: 580 (Kitab waktu-waktusolat) dan Shahih Muslim,no: 607(Kitab al-Masjid)

~HC~

Saturday, April 14, 2012

SHORT NOTE KULIYAH: ADAT-ADAT DI MASJID KETIKA KUTHBAH JUMAAT: UST WAN JUNAIDI

 
KITAB HIDAYATUL SALIQIN:USTAZ WAN JUNAIDI


ADAT-ADAT KETIKA DI MASJID KETIKA KUTHBAH JUMAAT


 1)   Apabila khatib sudah duduk di atas mimbar walaupun kuthbah belum dibaca, haram serta tidak sah bagi apa-apa solat sunat mereka mahupun wajib melainkan solat sunat tahiyatul masjid atau solat qabliyah jumaat yg digantungkan diatas solat tahiyatul masjid...(apa-apa solat yg dikerjakan samada solat sunat atau solat fardhu ketika baru masuk masjid dan masih berdiri ketika itu dikira solat tahiyatul masjid)

2)   Apabila muazzin azan sekali sahaja pada hari jumaat dan khatib sudah duduk di atas mimbar, orang yg telah mengerjakan solat tahiyatul masjid sebelum azan, sekiranya mereka bangun selepas azan menunaikan solat sunat qabliyah jumaat, maka solat itu hukumnya haram serta tidak sah.


3)   Bagi mereka yg solat diluar masjid, ketika khatib sudah berada diatas mimbar, perlulah mereka duduk dengan segera.. haram serta tidak sah bagi mereka yang menunaikan apa-apa solat sunat mahupun solat fardhu kerana diluar masjid tiada sunatnya solat tahiyatul bagi mereka...

4)   Kemudian solat sunat tahiyatul masjid ataupun qabliyah jumaat itu perlulah diringankan. Bagi pendapat Ibnu Hajar, batal solatnya bagi mereka membaca perkara yang sunat dalam solat tersebut, manakala bagi pendapat Sheikh Ramli, dibolehkan baca yang sunat akan tetapi perlulah dipendekkan..

5)   Pendapat yang menyatakan sunat solat sunat tahiyatul ketika khatib berada diatas mimbar adalah pendapat imam as-Syafie dan imam Hambali, manakala bagi pendapat ulamak yang lain adalah makruh...

6)   Bagi pendapat imam Hanafi, Maliki dan Hambali, haram bagi mereka yg bercakap-cakap ketika kutbah. Manakala bagi pendapat imam as-Syafie adalah makruh.. (#begitu juga hukum bercakap ketika azan)

7)   Sunat bagi mereka mendengar kutbah, yakni jangan bimbang atas hal yang lain seperti zikir, selawat dan sebagainya bagi mazhab Syafie.. bagi mazhab-mazhab yang lain, wajib atas mereka mendengar kutbah.

8)   Apabila kutbah yg dibacakan oleh khatib tidak kedengaran, maka dibolehkan selawat, berzikir dan membaca al-quran ketika kutbah dibacakan..

          Wallahu'aklam....

Thursday, March 29, 2012

Hidayah Ke Syurga

   Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya sudah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa wahai anakku?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.


Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.


Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.


Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang pakcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.


Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil.


Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.



Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

 Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.




Kisah Nabi Ibrahim & Menantu


Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.



Isteri: Alhamdulillah, syukur..



# Alhamdulillah f0r everything..! ^^


Monday, March 12, 2012

SURAT UNTUK MAK

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu MAK kata aku sangat nakal.Dah la nak lahirkan aku pun susah sebab berat aku masa dilahirkan hampir 4kg.Sebulan selepas dilahirkan MAK kata aku tak henti-henti menangis..Macam-macam MAK buat untuk buat aku berhenti menangis,MAK sanggup berjaga malam,sanggup dodoikan aku dan banyak la lagi MAK buat untuk aku.

Mula-mula nak pergi sekolah tadika dulu bukan main payah,nak kena MAK mandikan,nak MAK pakaikan baju,nak MAK hantarkan dan macam-macam lagi la aku minta MAK buat.Disebabkan MAK sayangkan aku MAK buat je pe yang aku minta.

Sekarang aku dah besar,telah banyak pengorbanan yang MAK dan AYAH buat untuk aku dan adik-beradik yang lain.Mereka tak pernah minta ape-ape dari kami,mereka hanya nak kami berjaya je.Baguskan MAK aku ni..sangat besarkan pengorbanan MAK aku ni..sebab tu la aku sayangkan MAK..sebab tu la apa yang MAK suruh buat aku buat,ape yang mereka larang aku tinggalkan sebab aku tau MAK sayangkan aku dan MAK yang berikan ape yang terbaik untuk diriku ini.

Bila MAK cakap..Mat tolong MAK belikan cili kat kedai,aku tak pernah jawab pun macam ni..kenapa MAK suruh Mat,suruh lah anak jiran sebelah...Bila MAK cakap,Mat jangan la mencuri ye,aku tak lah kata kenapa MAK larang Mat,larang la anak jiran sebelah MAK..aku tak de la nak merungut,asyik-asyik suruh Mat,suruh la anak jiran sebelah pula..Sebab MAK adalah MAK aku,mesti lah aku kena dengar cakap MAK sebab MAK telah beri aku macam-macam..dengar aku dengar cakap MAK la aku dapat senangkan hati MAK aku...

Tapikan,dah besar-besar macam ni aku mula berfikir..Apa yang cipta MAK aku ye? apa yang buat MATAHARI ye?Apa yang bagi aku tangan,kesihatan,udara,penglihatan?...ape ye?...sungguh banyak benda diberikan pada aku berbanding dengan apa yang MAK aku bagi..


Sebab aku tahu,ALLAH telah banyak bagi nikmat pada aku berbanding MAK..sebab aku tahu yang aku ni adalah hamba dan milikNya serta hanya kepadaNya aku kembali..sebab aku tahu dunia pun ALLAH punye dan akhirat pun ALLAH punye....Aku tak tahu la ape jenis hamba aku ni jikalau tak ikut perintah ALLAH dan tak meninggalkan larangan ALLAH sedangkan DIA memberikan segala-galanya padaku,DIA miliki segalanya,DIA menentukan segalanya,DIA MAHA KAYA,MAHA HEBAT,MAHA AGUNG,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG...

MAK...maafkan aku sebab aku sayangkan ALLAH lebih dari aku sayangkan MAK ,aku dengar cakap ALLAH lebih dari MAK sebab ALLAH yang menjadikan MAK....


#mencintai ibu bapa juga adalah salah satu perintah Allah... i love u mom. <3<3