Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS
Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

DOA PENDEKAT JODOH & DOA PUTUS CINTA

 Assalamu'alaikum..
 
       Alhamdulillah pada kali ini, masih lagi Allah swt memberi peluang kepada saya untuk men'update' blog ni walaupun saya agak sibuk dalam 2-3hari ni... bagi post kali ni, agak simple... secara kebetulan dalam mencari ilmu menerusi internet, saya terjumpa dua doa yang agak menarik daripada satu blog yg lain.... iaitu doa pendekat jodoh dan doa putus cinta... doa ni diambil dari sebuah buku yang bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.



 __________________________________________________________________________________

1)doa pendekat jodoh



2) doa putus cinta ( mengatasi kekecewaan )
      
 __________________________________________________________________________________

insyaAllah, semoga apa yg di'share' dapat dimanfaatkan dan diamalkan sebaik mungkin... ^^, 
                         

Thursday, April 21, 2011

PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR....

maksudnya:Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin
  
        Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

SUMBER :http://ceria.my/proquransunnah

Wednesday, September 1, 2010

DOA-DOA HARIAN


  Doa diwaktu pagi dan petang..





  
Doa Taubat





Doa apabila melihat hujan





 Doa orang sakit
   





Doa ketika kehilangan barang