Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS
Showing posts with label coretankuw. Show all posts
Showing posts with label coretankuw. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

~NIKAH MUDA~

bismillahirrahmarirrahim.. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


"awal sangat kau nak nikah tu, tula gatal sangat", "kau nak kawen awal2 kau nak bagi bini kau makan ape?? pasir??".. huuuu, biasenye, bile kita buka akan topik nikah awal nie, ungkapan2 sebeginilah yang kita sering dengar dari mulut masyarakat2 zaman sekarang... bila kawen lewat pula kata tak laku pulak. biaselah manusia, tak mampu untuk memuaskan semua hati orang lain. sedangkan mereka lupa yang Allah swt dah berjanji untuk menambahkan rezeki bagi orang yg berkahwin, dan setiap anak2 mereka juga dijanjikan rezeki mereka tersendiri.. itupun masih ramai yang ragu dengan rezeki Allah taala..kita lihat firman Allah swt..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)
____________________________________________________________________


   sahabat sekalian, kenapa orang islam sangat dituntut untuk bernikah?? ini kerana manusia dicipta mempunyai fitrah semulajadi yang ingin hidup berpasangan. oleh sebab fitrah itu, ia boleh mendatangkan kemudharatan yang besar kepada semua masyarakat islam , contohnya seperti dating2, main2 cinta seterusnya menyebabkan mereka terjerumus kedalam penzinaan... oleh itu, islam yang syumul ni juga menyentuh fitrah manusia dan menyempurnakan ia dengan mengajak umatnya kepada nikah sebagai satu alternatif yang halal untuk hidup berpasangan..



balik kepada topik saya tadi, "nikah muda" atau "nikah awal", saya sengaja membuka topik ini adalah kerana untuk membetulkan perspektif masyarakat yang memandang negatif kepada nikah awal atau nikah muda ni kepada perspektif yang positif.

jadi bekenaan dengan kawen muda atau nikah muda ni, islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah, sebagaimana hadis nabi saw,

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

berdasarkan hadis berkenaan, ada sesetengah ulamak hadis penyatakan "pemuda-pemuda" yang dimaksudkan tersebut dikiaskan sebagai saranan atau galakan untuk menyegerakan nikah pada umur yang masih muda. namun ulamak2 juga berbeza pendapat berkenaan tahap umur yang dikatakan muda. ada yang menyatakan umur 25, ada juga yang menyatakan umur bawah 40 pun masih dikira muda. banyak lagi pendapat2 dari ulamak2 yang lain.

jadi jelas bahawa islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah pada umur yang awal. namun, yang menjadi masalah yang besar dalam kalangan masyarakat ialah mereka risau akan tanggungjawab dalam pemberian nafkah. oleh sebab islam ini mengambil cakna akan segala hal kehidupan kita, maka islam juga menganjurkan umatnya yang masih dalam kekangan untuk nikah kithbah(nikah gantung)..

mungkin ramai yang menyatakan ia satu yg bida'ah. namun aggapan mereka yang menyatakan ia bida'ah adalah salah sama sekali.. sekiranya kita hayati sirah nabi Rasulullah saw, kita dapat lihat daripada sejarah pernikahan siti aisyah dengan nabi Muhammad saw:

Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun..
(riwayat bukhari)...

mungkin terdapat perbezaan pendapat berkenaan umur sebenar Siti Aisyah ketika menikah, namun point yg saya ingin ambil penekanan adalah jarak tempoh mereka menikah sehingga mereka tinggal serumah.. jadi daripada sejarah ini, ulamak menjadikan dalil yang kukuh bagi menyatakan nikah kithbah itu ada... lagipun nikah kithbah ni dah lama diamalkan dalam masyarakat arab...

jadi di sini saya katakan, islam sangat mengambil berat akan penyegeraan nikah pada umur muda sehinggakan dalam islam wujudnya nikah kithbah(gantung). ia juga salah satu alternatif bagi mengurangkan berlakunya penzinaan secara berleluasa di muka bumi ini.. so, ape tunggu lg? pilihlah nikah dan katakan taknak pada couple~!!!



jadi saya rasa cukup sampai sini je... berkenaan dengan nikah kithbah yang selanjutnya, insyaAllah saya akan muatkan pada akan datang.. insyaAllah.. wallahu 'aklam..


Assalamualaikum wbt...:)

RISAU PASAL DUIT? JNGN RISAU, ADE TRICK UNTUK MENINGKATKAN REZEKI!!

bissmillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum wbt... Alhamdulillaah masih lg berkesempatan untuk meng'update' blog pd waktu ini. saja nak meluangkan masa yg kosong terisi dengan benda-benda yang berfaedah.ok..

      baru-baru ni saya sering lihat di facebook, kawan-kawan saya dari kolej ramai yang mengeluh lambatnye duit elaun nak masuk... sabar, mengeluh tu tidak memberi apa-apa kesan...  jangan risau, rezeki Allah swt telah sediakan secukup-cukupnya untuk kita... cume kita je perlu cari... lagipun nak cari tak semesti dengan duitkan?? haaa... so daripada mengeluh tu saya rasa eloklah korang semua perbanyakkan solat dhuha...solat dhuha ni banyak kelebihannya, antaranya Allah swt akan murahkan rezeki orang yang mengerjakannya di atas muka bumi ni.. kalau nak tambah banyak lagi rezeki, sile kawen.. heee~ gurau jewp...


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Monday, March 12, 2012

SURAT UNTUK MAK

Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu MAK kata aku sangat nakal.Dah la nak lahirkan aku pun susah sebab berat aku masa dilahirkan hampir 4kg.Sebulan selepas dilahirkan MAK kata aku tak henti-henti menangis..Macam-macam MAK buat untuk buat aku berhenti menangis,MAK sanggup berjaga malam,sanggup dodoikan aku dan banyak la lagi MAK buat untuk aku.

Mula-mula nak pergi sekolah tadika dulu bukan main payah,nak kena MAK mandikan,nak MAK pakaikan baju,nak MAK hantarkan dan macam-macam lagi la aku minta MAK buat.Disebabkan MAK sayangkan aku MAK buat je pe yang aku minta.

Sekarang aku dah besar,telah banyak pengorbanan yang MAK dan AYAH buat untuk aku dan adik-beradik yang lain.Mereka tak pernah minta ape-ape dari kami,mereka hanya nak kami berjaya je.Baguskan MAK aku ni..sangat besarkan pengorbanan MAK aku ni..sebab tu la aku sayangkan MAK..sebab tu la apa yang MAK suruh buat aku buat,ape yang mereka larang aku tinggalkan sebab aku tau MAK sayangkan aku dan MAK yang berikan ape yang terbaik untuk diriku ini.

Bila MAK cakap..Mat tolong MAK belikan cili kat kedai,aku tak pernah jawab pun macam ni..kenapa MAK suruh Mat,suruh lah anak jiran sebelah...Bila MAK cakap,Mat jangan la mencuri ye,aku tak lah kata kenapa MAK larang Mat,larang la anak jiran sebelah MAK..aku tak de la nak merungut,asyik-asyik suruh Mat,suruh la anak jiran sebelah pula..Sebab MAK adalah MAK aku,mesti lah aku kena dengar cakap MAK sebab MAK telah beri aku macam-macam..dengar aku dengar cakap MAK la aku dapat senangkan hati MAK aku...

Tapikan,dah besar-besar macam ni aku mula berfikir..Apa yang cipta MAK aku ye? apa yang buat MATAHARI ye?Apa yang bagi aku tangan,kesihatan,udara,penglihatan?...ape ye?...sungguh banyak benda diberikan pada aku berbanding dengan apa yang MAK aku bagi..


Sebab aku tahu,ALLAH telah banyak bagi nikmat pada aku berbanding MAK..sebab aku tahu yang aku ni adalah hamba dan milikNya serta hanya kepadaNya aku kembali..sebab aku tahu dunia pun ALLAH punye dan akhirat pun ALLAH punye....Aku tak tahu la ape jenis hamba aku ni jikalau tak ikut perintah ALLAH dan tak meninggalkan larangan ALLAH sedangkan DIA memberikan segala-galanya padaku,DIA miliki segalanya,DIA menentukan segalanya,DIA MAHA KAYA,MAHA HEBAT,MAHA AGUNG,MAHA PENGASIH dan MAHA PENYANYANG...

MAK...maafkan aku sebab aku sayangkan ALLAH lebih dari aku sayangkan MAK ,aku dengar cakap ALLAH lebih dari MAK sebab ALLAH yang menjadikan MAK....


#mencintai ibu bapa juga adalah salah satu perintah Allah... i love u mom. <3<3