KITAB HIDAYATUL SALIQIN (Ustz Wan
Junaidi, Masjid Menggabang Tengah)
HAID DAN ISTIHADHAH
1. Tempoh pendarahan haid yang terpendek adalah satu hari satu
malam atau 24jam... manakala tempoh haid yang terpanjang adalah 15hari..
2. Sekiranya darah yang keluar tidak sampai selama 24jam, maka ia
tidak dinamakan darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah.
3. Jarak tempoh habisnya pusingan haid pertama dengan haid kedua
adalah 15hari.. sekiranya habis pusingan haid yg pertama, tidak sampai 15hari
selepas hari haid pusingan pertama habis,sekiranya keluar darah maka itu bukanlah darah haid, tetapi darah
penyakit/istihadhah..(darah haid mestilah 15hari selepas pusingan haid yg
pertama habis)
4. Bagi orang yang haidnya keluar lebih 15hari, mereka tidak
mengetahui tempoh sebenar haidnya pada pusingan itu kerana haidnya bercampur
dengan istihadhah( boleh jadi haidnya 10, 5, 15 hari atau sebagainya).. bagi
mereka yang sebegini, maka perlulah diikut adat bulan sebelum.. sebagai contoh:
sekiranya bulan sebelumnya keluar 10 hari, maka haid bulan ini juga dikira 10
hari (sekiranya darah keluar lebih 15hari).. maka selepas 10 hari sahaja di
kira haid...5 hari keatas adalah
istihadah.
5. Bagi mereka yang keluar haid tidak sampai 24 jam, sesetengah
ulamak membenarkan untuk tidak menunaikan solatnya dalam masa 2/3hari, kerana
sekiranya keluarnya darah dalam temp0h 2/3hari tersebut walaupun darah
sebelumnya pada hari pertama sudah berhenti, maka tempoh haid tersebut boleh
dihimpun. sebagai contoh, hari sebelumnya keluar darah selama 15jam.. selepas
2hari tersebut, keluar darah pula selama 9jam.. maka apabila dihimpunkan tempoh
tersebut, 15jam+9jam=24jam, maka ia boleh dikira haid, dan solat yang ditinggalkan itu tidak perlu
diqhada.
6. Bagi mereka yang putus haid walau diakhir waktu solat asar dan
juga isyak, sebagai contoh putus haid pada akhir waktu asar paling kurang 1rakaat sempat menunaikan solat asar, maka
diwajibkan bagi mereka mengqhadakan solat zohor mereka... ini kerana ulamak
mengkiaskan masa musafir boleh buat jamak...maka menunjukkan solat boleh
dihimpunkan...maka mazhab syafie menetapkan wajib kena qhada
7. Bagi waktu zohor, magrib dan subuh, apabila haidnya berhenti
pada waktu itu masing2 paling kurang sempat menunaikan satu rakaat solat
berkenaan, maka wajib diaatas mereka menunaikan solat berkenaan... tidak perlu
qhada solat sebelumnya atas dasar tidak boleh jamak(zohor tidak boleh jamak
dengan subuh, magrib tidak boleh jamak dengan asar)..
#bagi yang
datang haid selepas masuk waktu sekurang2nya dapat menunaikan 1rakaat solat
pada waktu itu, wajib mereka qhada solat mereka selepas mereka suci daripada haid.
Sesiapa yang mendapat satu
rakaat dari solat maka sesungguhnya iatelah mendapat solat.
[Shahih al-Bukhari ,no: 580 (Kitab waktu-waktusolat) dan Shahih
Muslim,no: 607(Kitab al-Masjid)
~HC~