Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Tuesday, July 2, 2013

RAMADHAN MENJELMA LAGI...

bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Allahummasolli 'ala muhammad...

haaaa, cukup lame ana  xupdate blog ana yg usang ni kerana kesuntukan masa. biaselah sebagai seorang student dan juga sebagai hamba Allah di dunia yang sementara ini, sibuk dengan assignment dan pelbagai ujian hidup. dan... alhamdulillah masih lg gagah kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup yang penuh pancaroba ni...


tanpa banyak bercerita lg, meh kita terus ke topik utama kita....

_________________________________________________________________________________


              seperti yang kita sedia maklum, bulan ramadhan akan menjelma tidak lama lg, atau lebih kurang seminggu lg. so bg yang masih tidak cukup menggantikan puasa yg tahun lepas, sile2lah cukupkan. bercakap mengenai bulan ramadhan ni, ana ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihannya. ana yakin bahawa ramai yang tahu bahawa bulan ramadhan ni bulan yang penuh kelebihan, akan tetapi berapa ramai yang tahu akan kelebihannya sendiri....


              terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyentuh mengenai kelebihan bulan ramadhan itu sendiri. malah bukan hanya manfaat di dunia sahaja, tetapi juga diakhirat jua... tapi jangan lupa, manfaat itu hanya diberi kepada orang yang benar2 mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya... so, kepada sesiapa yang berpuasa, tetapi tidak solat fardhu, tidak melakukan kewajipan yang lain, sorry to say, anda tidak berhak untuk mendapat manfaat daripadaNya...


antara hadis yang menceritakan kelebihan bulan ramadhan:



 Pintu langit dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu-pintu syurga dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.


Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).


Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.


Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
demikianlah antara kelebihan2 yang dapat ana kongsikan... seterusnya kita masuk kepada amal ibadat yang sewajarnya kita amalkan dalam bulan ramdhan..


     Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

*Solat sunat Tarawih

*Solat-solat sunat yang lain

*Bantu membantu sesama umat islam seperti        
bersedekah dan seumpamanya


*Memberikan hidangan berbuka puasa

*Banyakkan membaca tahlil

*Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon 
keampunan kepada Allah swt

*Banyakkan berdoa memohon syurga dan  perlindungan dari azab neraka

*Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

*Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.




haaaaa....oleh itu jom kite sama2 amalkan amalan tersebut sedaya yang mungkin.... disamping itu, berpuasa tu, puasalah dengan seikhlas2nya.. jangan semata-mata orang lain puasa, kita pun nak puasa jugak. tu namenye puasa kerana ORANG...
______________________________________________________________________________

haaaa, ana rase cukup sampa sini untuk kali ini. insyaAllah jika ada kesempatan pada masa akan datang, ana akan update lg. so ana ini ucapkan kepada kawan2 ana, dan semua umat Islam di seluruh pelusuk bumi ini, selamat menyambut kedatang bulan ramadhan yang penuh barokah ini. semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna buat diri kita semua berbanding ramadhan yang lepas2...

Assalamu'alaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment