Assalamualaikum warahmatullah.....
pada kali ini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai sebuah buku
yg baru beberapa hari aku beli dari seorang sahabat aku ni... buku ini
berkisarkan tentang ulamak-ulamak yg tersohor... kita juga dikejutkan
oleh fenomena ustaz 'youtube'.. haha, iaitu USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)...
aku tak nak cerita panjang lebar mengenai UAI, tetapi aku ingin kongsi
apa yg terdapat dalam buku daie sejuta ummat ni....
pada
permulaan buku ni, ia menceritakan mengenai TOKOH AGAMA &
LINGKARAN FENOMENA.... banyak tokoh-tokoh agama yg telah diceritakan
didalam buku ini, antaranya Imam Hasan al-Banna yang popularitinya
berjalan seiring meningkatnya pengaruh Ikhwanul Muslimin pada suatu masa
dahulu... selain itu juga, turut menceritakan mengenai Sheikh Abdul
Hamid Kisk yang mana fenomena beliau berlaku pada tahun 1980-an.... Bagi
ulamak di indonesia pula, turut didedahkan mengenai Kiai Zainuddun MZ,
dan AA Gym
... selain itu, kisah mengenai Tok Guru Nik Aziz dan
Ustaz Shamsuri Ahmad turut dimuatkan.. dan last skali, baru diceritakan
mengenai fenomena Ustaz Azhar Idrus....
Dalam buku
ini, banyak menceritakan mengenai UAI... buku ini menyentuh, boleh
dikatakan hampir semua mengenai UAI ni, antaranya, cara beliau menegur
sekumpulan anak muda jalanan, cara beliau mempelajari ilmu agama, bagaimana ia bermula dan
sebagainya... bg aku yg telah khatam buku ni, banyak moral yg kita
boleh ambil antaranya, cara beliau menyampaikan dakwah, mampu menarik
minat anak muda, bukan sahaja dari kalangan budak yg berbaju melayu n
berjubah, bahkan anak muda berseluar jean, bahkan juga perempuan
yg tak cukup kain p0n mari mendengar ceramahnya baru2 ini....
bagi
slot terakhir dalam buku ini adalah sot 'anda bertanya Ustaz Azhar
Idrus menjawab'... dalam slot ini, terdapat lebih 100 soalan (mls nk
kira, yg pasti lebih 100soalan) yg ditanya kepada UAI.... jadi tak rugi
kalau kita beli buku ni pon kerana bukan sahaja cerita mengenai tokoh
agama yg dimuatkan, malah berkaitan dengan ilmu iaitu soal jawab agama
turut dimuatkan....
setakat ini je yang aku dpt
ceritakan pada hari ini... bagi sesiapa yg inginkan buku ini boleh
didapatkan dikuliah2 magrib UAI, ceramah2 perdana dan sebagainya...
salamun 'alaikum warahmatullah...
Thursday, March 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment