Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Saturday, February 23, 2013

~NIKAH MUDA~

bismillahirrahmarirrahim.. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


"awal sangat kau nak nikah tu, tula gatal sangat", "kau nak kawen awal2 kau nak bagi bini kau makan ape?? pasir??".. huuuu, biasenye, bile kita buka akan topik nikah awal nie, ungkapan2 sebeginilah yang kita sering dengar dari mulut masyarakat2 zaman sekarang... bila kawen lewat pula kata tak laku pulak. biaselah manusia, tak mampu untuk memuaskan semua hati orang lain. sedangkan mereka lupa yang Allah swt dah berjanji untuk menambahkan rezeki bagi orang yg berkahwin, dan setiap anak2 mereka juga dijanjikan rezeki mereka tersendiri.. itupun masih ramai yang ragu dengan rezeki Allah taala..kita lihat firman Allah swt..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)
____________________________________________________________________


   sahabat sekalian, kenapa orang islam sangat dituntut untuk bernikah?? ini kerana manusia dicipta mempunyai fitrah semulajadi yang ingin hidup berpasangan. oleh sebab fitrah itu, ia boleh mendatangkan kemudharatan yang besar kepada semua masyarakat islam , contohnya seperti dating2, main2 cinta seterusnya menyebabkan mereka terjerumus kedalam penzinaan... oleh itu, islam yang syumul ni juga menyentuh fitrah manusia dan menyempurnakan ia dengan mengajak umatnya kepada nikah sebagai satu alternatif yang halal untuk hidup berpasangan..



balik kepada topik saya tadi, "nikah muda" atau "nikah awal", saya sengaja membuka topik ini adalah kerana untuk membetulkan perspektif masyarakat yang memandang negatif kepada nikah awal atau nikah muda ni kepada perspektif yang positif.

jadi bekenaan dengan kawen muda atau nikah muda ni, islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah, sebagaimana hadis nabi saw,

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

berdasarkan hadis berkenaan, ada sesetengah ulamak hadis penyatakan "pemuda-pemuda" yang dimaksudkan tersebut dikiaskan sebagai saranan atau galakan untuk menyegerakan nikah pada umur yang masih muda. namun ulamak2 juga berbeza pendapat berkenaan tahap umur yang dikatakan muda. ada yang menyatakan umur 25, ada juga yang menyatakan umur bawah 40 pun masih dikira muda. banyak lagi pendapat2 dari ulamak2 yang lain.

jadi jelas bahawa islam sangat menganjurkan umatnya untuk menyegerakan nikah pada umur yang awal. namun, yang menjadi masalah yang besar dalam kalangan masyarakat ialah mereka risau akan tanggungjawab dalam pemberian nafkah. oleh sebab islam ini mengambil cakna akan segala hal kehidupan kita, maka islam juga menganjurkan umatnya yang masih dalam kekangan untuk nikah kithbah(nikah gantung)..

mungkin ramai yang menyatakan ia satu yg bida'ah. namun aggapan mereka yang menyatakan ia bida'ah adalah salah sama sekali.. sekiranya kita hayati sirah nabi Rasulullah saw, kita dapat lihat daripada sejarah pernikahan siti aisyah dengan nabi Muhammad saw:

Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun..
(riwayat bukhari)...

mungkin terdapat perbezaan pendapat berkenaan umur sebenar Siti Aisyah ketika menikah, namun point yg saya ingin ambil penekanan adalah jarak tempoh mereka menikah sehingga mereka tinggal serumah.. jadi daripada sejarah ini, ulamak menjadikan dalil yang kukuh bagi menyatakan nikah kithbah itu ada... lagipun nikah kithbah ni dah lama diamalkan dalam masyarakat arab...

jadi di sini saya katakan, islam sangat mengambil berat akan penyegeraan nikah pada umur muda sehinggakan dalam islam wujudnya nikah kithbah(gantung). ia juga salah satu alternatif bagi mengurangkan berlakunya penzinaan secara berleluasa di muka bumi ini.. so, ape tunggu lg? pilihlah nikah dan katakan taknak pada couple~!!!



jadi saya rasa cukup sampai sini je... berkenaan dengan nikah kithbah yang selanjutnya, insyaAllah saya akan muatkan pada akan datang.. insyaAllah.. wallahu 'aklam..


Assalamualaikum wbt...:)

No comments:

Post a Comment