Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Monday, February 18, 2013

I'TIQAD KAUM KHAWARIJ YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

------------I'TIQAD KAUM KHAWARIJ YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ) -----------------




1.PERSOALAN KHILAFIYAH
~kaum khawarij mengakui khalifah abu bakar dan umar dan separuh zaman pemerintahan Usman bin Affan.
~kepercayaan ini seperti ASWJ. Akan tetapi separuh yg akhir ,dari khalifah usman ,tidak diakui mereka lagi kerana bagi mereka(khawarij) Usman menyeleweng..
~begitu juga dengan khalifah Ali.mulanya perlantikannya sah ,tetapi kemudian membuat kesilapan besar,iaitu menerima tahkim,dan Ali menjadi KAFIR kerna menerima TAHKIM
~orang yang melakukan dosa besar adalah KAFIR, bg i'tiqad khawarij.

~pada Ahlusunnah waljamaah, pegangan khawarij ini adalah DITENTANG. ini kerana, walaupun penyelewengan2 yang berlaku(sekiranya betul Ali menyeleweng) tidaklah menggugurkan pangkat khalifah..
~yg menggugurkan pangkat khalifah menurut ASWJ ialah kalau khalifah itu telah TAJAHUR(dihadapan umum berbuat maksiat) dan menganjurkan Rakyat mengikutnya..

       
2.terhadap UMMUL MUKMININ SITI AISYAH R.A
~kaum khawarij mengutuk dan mencaci ,kadang2 mengkafirkan Ummul Mukminin Siti Aisyah.begitu juga Talhah.zubir bin awam,kerana ketiganya menggerakkan PEPERANGAN JAMAL....iaitu antara mereka dengan Saiyyidina Ali.begtu juga mengkafirkan Abu musa al asyari dan amru bin As.iaitu delegasi pada masa tahkim

~ASWJ menolak SEKERAS2NYA dakwaan ini ,ummu mukminin ,talhah,zubir bin awam pada ketika memerangi Saiyyidina Ali dan pasukannya pada peperangan jamal adalah demi mmpertahankan kebenaran itiqad mereka,bukan kerana nafsu.
~saiyyidina Ali juga berada diatas KEBENARAN
~peperangan yg berlaku dikalangan sahabat adalah berdasarkan IJTIHAD masing2...bukan kerana hawa nafsu

3.CAP "KAFIR"
~kaum khawarij CEPAT MENGKAFIRKAN ORANG YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN MEREKA...


~ASWJ sangat berhati2 dalam menuduh orang lain kafir,harus difikir masak2.....harus difikir risikonya

4.IBADAT=IMAN
~kaum khawarij berpendapat bahawa yg dikatakan iman itu bukan pengakuan dalam hati dan ucapan dengan lisan sahaja,tetapi amal ibadat itu menjadi rukun iman pula..
~barangsiapa yang tidak solat,puasa zaakat,dan lain2...maka orang itu jadi KAFIR-inilah pendapat khawarij
~oleh kerana saiyyidina muawiyah sudah berdosa dengan melawan saiyyidina Ali..maka saiyyidina muawiyah menjadi kafir
~Aisyah juga menjadi kafir kerana melawan khalifah Ali,inilah pendirian khawarij

~adapun pada ASWJ berpendrian bahawa rukun iman itu hanyalah 2 sahaja,iaitu membenarkan didalam hati,dan mengikrarkan dengan LISAN,seorang yg mmbenar dalam hati dan ikrar dengan lidah sudah dikira beriman,dan berlaku atasnya sekalian hukum yg berkaitan dengan orang mukmin
~adapun amal ibadat,sseperti solat,puasa,zakat dan lain2 adalah untuk kesempurnaan iman
~yang KAFIR bagi ASWJ ialah orng yg mengi'tiqadkan bahawa solat,puasa,zakat itu TIDAK WAJIB baginya

5.ORANG SAKIT DAN ORANG TUA
~bagi khawarij orang sakit dan orang tua yang tidak mengikut perang sabil adalah mejadi KAFIR dan wajib dibunuh...sedangkan pada ASWJ, ini adalah TIDAK BERNAR, sebgaimana firman Allah taala yg bermaksud

tidak mengapa bagi orang buta ,tidak mengapa bagi orang tempang,tidak mengapa bagi orang sakit(kalau mereka tidak ikut kemedan peperangan) al Fath :17)

6.DOSA KECIK DAN DOSA BESAR
~khawarij mengatakan tiada dinamakan DOSA KECIK ATAU DOSA BESAR.....pada mereka segala penderhakaan adalah BESAR...tiada yang kecil

7.ANAK2 ORANG KAFIR
~menurut khawarij, anak orang kafir yang mati ketika kecil(sebelum baligh) TURUT MASUK NERAKA kerna mengikut ibu bapanya yg kafir

ASWJ menentang pendapat ini,bagi ASWJ anak orang kafir yang mati kecil(sebelum baligh ) apabila mati akan masuk kedalam syurga bukan kedalam neraka

8.ORANG YG PALING BURUK
~tersebut di dalam kitab hadis Bukhari, bahawa sahabat nabi ibnu Umar r.a berpendapat bahawa orang2 kahawarij dan iqtiqadnya adalah ORANG YG PALING BURUK

dibawah ini apa yang disebut didalam kitab hadis bukhari;

ertinya "dan adalah sahabat nabi ibnu Umar R.a ...berpendapat bahawa ,mereka(kaum khawarij) makhluk Allah paling jahat.,mereka mengambil ayat2 alquran yang sebenarnya diturun untuk orang kafir tetapi dipasangkannya kepada orang mukmin*(fathul bari juzu XV halaman 313)



Allahu'a'lam...

No comments:

Post a Comment