Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Monday, February 18, 2013

I'TIQAD KAUM MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH) YANG BERTENTANGAN DENGAN i'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

I'TIQAD KAUM MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH) YANG BERTENTANGAN DENGAN i'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH(ASWJ)

1.ALLAH BERMUKA DAN BERTANGAN
~kaum musyabbihah menfatwakan bahawa Allah itu BERMUKA dan BERTANGAN 
~berdalilkan dengan ayat alquran surah ar rahman ayat 27

~ASWJ menolak dakwaan ini kerana dalam alquran yg lain (As Syura:11) bahawasanya "TIADA YANG MENYERUPAI TUHAN SESUATU JUGA"
~ASWJ mentakwilkan perkataan "wajhu" (yg di katakan sebgai WAJAH yang zahir oleh kaum musyabbihah mujassimah) disini dengan "ZAT"...dan mentakwil.perkataan YAD(yang di dakwa Allah mempunyai tangan oleh musyabbiha mujassimah ) dengan makna "KEKUASAAN"

2.TUHAN ALLAH DUDUK BERSILA DIATAS ARASY
~kaum musyabbihah mujassimah berdalilkan dengan ayat 5 surah TAHA
~mereka mengertikan perkataan ISTAWA dengan DUDUK BERSILA seperti bersilanya manusia

~ASWJ menolak sangkaan yang mengelirukan ini dengan mentakwil perkataan ISTAWA dengan makna MENGUASAI atau MEMERINTAH
~menjadikan ayat 5 surah TAHA itu bermaksud "TUHAN YANG RAHMAN MENGUASAI ARASY"

3.TUHAN DIATAS LANGIT
~kaum musyabbihah mujassimah mengatakan bahawa Allah itu DILANGIT dengan berdalilkan ayat 158 surah annisa yang bermaksud "TETAPI TUHAN MENGANKAT(nabi ISA) KEPADANYA "
~disini kaum ini mengatakan bahawa nabi Isa diangkat oleh Tuhan kepada Nya...,yg beerti Tuhan itu diatas kerana ada perkataan "RAFA'A" yang beerti mengakat ke atas"

~kaum ASWJ menentang fahaman ini dengan meertikan ayat alquran diatas dengan "TEMPAT YANG MULIA"...,jadi nabi ISA diangkat ke tempat yg mulia dan ia berada di tempat yang mulia ,pada ayat ini memang disebutkan diatas atau di langit tetapi yg dimaksudkan ialah tempat yang mulia....kerana perkataan "DIATAS" atau "DILANGIT" biasa juga dipakai oleh orang arab pada erti tempat yg mulia

5.ALLAH BERTUBUH SERUPA NUR
~kaum musyabbihah mengatakan bahawa Tuhan itu bertubuh seperti makhluknya dan TubuhNya itu berkilau2 serupa Nur serupa cahaya dengan berdalil yg bermaksud

"Allah itu nur langit dan bumi"~an nur :35
~kalau begitu maka tuhan menurut kefahaman kaum musyabbihah mujassimah serupa dengan cahaya matahari yang memancar cahayanya kesana sini

~kaum ASWJ menentang keras fahaman /iqtiqad seperti ini kerana erti ayat ini ialah "MEMBERI CAHAYA PADA LANGIT DAN BUMI"

jadi ayat ini ialah "TUHAN YANG MEMBERI CAHAYA PADA LANGIT DAN BUMI"
~dalam tafser ibn kathir jilid 3 halaman 289diterangkan erti ayat pada surah annur ayat 35 itu begini

"Allah memberi PETUNJUK di langit dan bumi"

dalam tafser jamal jalalein mentafserkan ayat ini dengan erti

"Allah yang menerangi langita dan bumi dengan matahari dan bulan"

wallahhua'lam

(sila rujuk kitab yang besar2 untuk menambah kefahaman)

No comments:

Post a Comment