Powered by Blogger.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, dan bicaralah tentang kisah (hadis) Bani Israil, tidaklah ia satu kesalahan. Dan barangsiapa yang berdusta atas aku dengan sengaja, pasti dia akan mendapat tempatnya di dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
RSS

Thursday, February 21, 2013

I'TIQAD MUKTAZILAH YANG BERTENTANGAN DENGAN I'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH


I'TIQAD MUKTAZILAH YANG BERTENTANGAN DENGAN I'TIQAD AHLUSSUNNAH WALJAMAAH

1.BURUK DAN BAIK DITENTUKAN OLEH AQAL
~kaum muktazilah berpendapat bahawa buruk dan baik ditentukan oleh aqal ,mana yang baik kata akal..maka baiklah dia...mana yang buruk kata akal..maka buruklah ia
~ahlusunnah walmaah(ASWJ) pula tidak membenarkan fahaman seperti ini kerana yang menentukan buruk dan baik itu adalah Allah dan RasulNya ,atau katakanlah Alquran dan Sunnah ,bukannya Akal.

2.ALLAH TIDAK MEMPUNYAI SIFAT
~MUktazilah mengatakan Allah tidak mempunyai sifat
~fahaman ini bertentangan dengan fahaman ASWJ yg mengatakan Allah mmpunyai sifat ,bukan satu bukan 2...tetapi banyak,ada sifat wajib bagi Allah...ada sifat mustahil atas Allah...ada sifat harus bagi Allah....

3.QURAN ADALAH MAKHLUK
~pada muktazilah mereka mengatakan bahawa alquran itu makhluk,bukan sifat Allah yang qadim
~kaum Ahlussunnah wal jamaah mengatakan bahawa alquran itu kalam Allah dan sifat Allah yang qadim,bukan makhluk yang baharu


4.MEMBUAT DOSA BESAR
~pada muktazilah(pendapat wasil bin 'atha) mengatakan mukmin yang mati dalam keadaan melakukan dosa besar tanpa bertaubat kepada Allah tidak lagi mukmin dan tidak lagi kafir ttpi diantara mukmin dan kafir..dan dia akan dimasukkan kedalam neraka buat SELAMA LAMANYA seperti orang kafir ttpi hukumannya diringankan dan panas api neraka tidak sepenas api neraka bagi orang kafir

~adapun pada ASWJ (pendapat IMAM HASSAN AL BASRI-guru kepada wsil bin atha) bhawa orang mukmin yng mati yang tidak bertaubat atas dosa2 besarnya tidak menjadi kafir ,ia tetap orang mukmin tetapi orang mukmin yang DERHAKA-(tidak jadi kafir),kalau ia mati sebelum bertaubat dia akan diseksa beberapa ketika didalam neraka dan kemudian dimasukkan kedalam syurga setelah selesai menjalankan hukumannya


5.TUHAN TIDAK DAPAT DILIHAT
~kaum muktazilah mengataka bahawa Allah itu tidak dpat dilihat walaupun didalm syurga,kerana menimbulkan "tempat"(pada pandangan mereka..kalau tidak bertempat..maka tidak boleh dilihat...sesuatu yang boleh dilihat mesti bertempat)

~hal ini bertentangan dengan ASWJ yg berpendapat bahawa Tuhan akan dilihat oleh penduduk syurga ,oleh hamba2nya yg soleh yang banyak mengenal tuhan ketika hidup didunia sebgaimana dalil dari surah alqiyamah ayat 22- 23
maksudnya ~ 22.Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri. 23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.

6.MIKRAJ NABU MUHAMMAD SAW
~pada kaum muktazilah mereka tidak mengakui dan menyakini bahawa nabi Muhammad SAW MIKRAJ(naik) ke langit pada tanggal 27 rejab,yg diakui hanyalah israk sahaja iaitu berjalan malam dari mekah ke masjid al aqsa(baitulmaqdis)~kerana bagi muktazilah...tidak logik akal manusia naik ke langit

~fatwa ini dilawan oleh ASWJ yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW pada malam itu isra dari mekkah ke baitul maqdis dan sesudah itu naik dengan tubuh dan rohnya ke langit sampai kelangit 7,naik lagisampai ke mustawa,sampai ke sidratulmuntaha­, dimana Baginda menerima perintah solat 5 waktu

7.MANUSIA MENJADIKAN PERBUATANNYA.
~kaum muktazilah beriqtikad bahawa pekerjaan manusia diaadakn oleh manusia itu snediri ,bukan oleh Tuhan.tuhan sama sekali tidak tahu dan apa yang akan dibuat oleh manusia.....seo­rang ulama muktazilah mengatakan yg dijadikan manusia adalah perbuatan yang buruk dan berdosa sahaja...sedangkan perbuatan yang baik adalah dari Tuhan...

~adapun pada ASWJ mengiqtikadkana­ bahawa SEKALIAN yang terjadi...samaada BAIK ATAUPUN BURUK sekaliannya dijadikan oleh ALLAH sebgaiaman firmanNya dalam alquran ,surah as-Shafat ayat 96 yg bermaksud~dan Tuhan yang menjadikan kamu dan sekalian pekerjaan kamu.Dan firmannya lagi dalam surah An-Nisa' ayat 78,ertinya ~katakanlah(hai­ Muhammad) "sekaliannya dari Tuhan".


No comments:

Post a Comment